Mesti anda rasa pelik atau marah dengan tip ini. Dah takde wang atau simpanan, nak bayar dengan apa? Bulu hidung. Sabar, bawa bertenang, bukan niat saya untuk membuat tuan-tuan dan puan-puan marah. Tetapi saya ingin menerangkan kebaikan tip ini dan bagaimana anda boleh laksanakan.
Pertama, kebaikannya amat banyak sekali. Konsepnya amat mudah. Kalau paip air sentiasa terbuka, air akan sentiasa keluar dan tangki air sentiasa kekurangan air. Samalah konsepnye dengan wang. Kita perlu tutup sebanyak yang mungkin laluan-laluan wang keluar.
Apakah laluan-laluan wang keluar? Senang saja. Setiap bulan apabila tuan-tuan dan puan-puan dapat je gaji tu, apa yang tuan-tuan dah puan-puan kena bayar? Senaraikan semua nya, contoh installment rumah, installment kereta, bil elektrik, bil air, minimum payment credit card, installment personal loan, makanan, parking, petrol, duit anak-anak dan banyak lagi. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan sudah faham dan telah menyenaraikan semuanya.
Sekarang bahagikan perbelanjaan ini kepada 2 kategori:
No 1 - Perbelanjaan kekal
No 2 - Perbelanjaan Sementara
Perbelanjaan kekal ialah semua perbelanjaan yang tuan-tuan dan puan-puan perlu bayar sampai bila-bila selagi ingin hidup secara selesa. Contoh bil elektrik, bil air, makanan, dan lain-lain lagi.
Perbelanjaan Sementara ialah semua perbelanjaan yang tuan-tuan dan puan-puan perlu bayar selagi hutang belum langsai. Contoh installment loan rumah, installment loan kereta, credit card, personal loan dan lain-lain lagi.
Hutang yang saya maksudkan di dalam post ini ialah menyelesaikan hutang untuk Perbelanjaan Sementara. Senaraikan mengikut saiz baki hutang, saiz yang paling kecil paling atas, saiz yang paling besar bawah sekali, bagi saiz baki hutang yang lebih kurang besarnya, senarai yang atas interest rate paling besar. Kalau tak pasti, boleh semak kembali agreement yang telah ditandatangani. Kalau tak berape faham, boleh tanya kawan-kawan atau saudara yang bekerja di bank.
Apabila tuan-tuan dan puan-puan dah selesai dengan senarai itu, masukkan sekali installment bulanan bagai setiap hutang tersebut.
Contoh:
Bulanan Baki Hutang
Credit card RM500 RM 8,000
Personal loan RM500 RM 10,000
Kereta RM500 RM 80,000
Rumah RM1,500 RM300,000
Dari senarai ini, tuan-tuan dan puan-puan perlu gandakan pembayaran bagi credit card, sebanyak yang mungkin, contoh RM1,000, pastikan tiada lagi pembelian baru menggunakan credit card. Kalau boleh, potong terus credit card tersebut.
Apabila hutang credit card sudah habis, jumlah bulanan RM1,000 itu dapat digunakan utk membayar personal loan, jadi jumlah pembayaran untuk personal loan naik dari RM500 ke RM1,500. Dengan kenaikan ini, tempoh pembayaran hutang personal loan akan berkurangan daripada 20 bulan kepada 7 bulan sahaja. Teknik ini dikenali sebagai 'snow ball'.
Jika tuan-tuan dan puan-puan ada sebarang soalan, boleh tinggalkan di rungan komen di bawah. Saya akan jawab dengan secepat mungkin.
Saya akan menulis tentang tip untuk mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi membuat bayaran hutang dengan consisten mengikut jadual di dalam post yang akan datang.
Sementara itu, saya amat berbesar hati jika tuan-tuan dan puan-puan dapat berkongsikan tip ini bersama kawan-kawan dan ahli keluarga yang mungkin mendapat faedah dari tip ini.
Ulasan
Catat Ulasan